Sekiranya anda mengikuti perkembangan model komputer riba, pastinya anda cukup tahu di mana lambakan komputer riba yang berada di pasaran pada ketika ini hampir kesemuanya hampir dengan rekaan yang hampir sama sekaligus membuat pengguna berasa bosan untuk mendapatkannya.

Hal ini sekaligus memberi ilham buat ROG dalam mengeluarkan model terbaru yang lebih bergaya dan trendy khusus buat anak muda dalam mendapatkan model komputer riba yang terbaik dari segala aspek.

Menariknya, meskipun berada di bawah jenama ROG, model terbaru terdiri daripada ROG Zephyrus G14, ROG Zephyrus G15 dan ROG Zephyrus Duo 16 yang dilancarkan bukan sahaja disasarkan buat para gamers menerusi keunikan yang ditawarkan.

Berikut merupakan antara sebab mengapa kami sangat teruja dengan model terbaru ROG Zephyrus serta melabelkan model terbaru ini sebagai unik.

Rekaan yang serba moden dan penuh gaya

Kami mulakan dengan model ROG Zephyrus G14 Dan Zephyrus G15. Berkongsi nama yang hampir sama, kedua-dua model ini hadir dengan rekaan yang hampir sama namun dengan saiz skrin yang berbeza.

ROG Zephyrus G15

ROG Zephyrus Duo 16 pula pastinya bakal menarik perhatian ramai menerusi penawaran dua skrin yang tersedia. Model yang dilancarkan ini disasarkan buat para gamers serta content creator yang mahu tampil unik serta dan juga mementingkan spesifikasi yang hebat dalam menjalani tugas seharian.

Oh ya, di sebalik kehadiran pelbagai ciri yang diperkenalkan, ROG turut berjaya menawarkan rekaan yang nipis buat ketiga-tiga model terbaru ROG Zephyrus ini.

Dilengkapi paparan AniMe Matrix

ROG Zephyrus G14

Bukan itu sahaja, ROG Zephyrus G14 tampil dengan keunikan tersendiri dengan memperkenalkan AniMe Matrix yang membolehkan pengguna memilih dan mengubah suai paparan yang mahu ditampilkan pada bahagian luar komputer riba.

Penawaran fungsi ini sekaligus membuatkan komputer riba anda tampil unik dan tersendiri berbanding komputer riba pengguna yang lain. Serius cool!

Mengapa ROG Zephyrus bukan sahaja khas buat gamers?

Jika sebelum ini, sebut sahaja ROG pasti ramai yang sudah membayangkan komputer riba gaming yang sememangnya khusus buat para gamers. Walau bagaimanapun, situasi sedikit berbeza buat model terbaru yang masih lagi mementingkan spesifikasi namun menyertakan elemen-elemen tertentu.

Kehadiran ciri-ciri terbaru yang ditawarkan sekaligus membuatkan model terbaru ini bukan lagi boleh digunakan buat para gamer namun mereka yang mahukan spesifikasi yang hebat dalam membuat suntingan gambar, video atau memastikan tugas dapat diselesaikan dengan lancar.

Paparan ROG Nebula Display yang membantu meningkatkan pengalaman menonton skrin serta gaming

https://www.instagram.com/p/CiAOuofhvFI/

Dari segi paparan dan skrin, ROG Zephyrus G14 hadir dengan paparan QHD ROG Nebula dalam menawarkan refresh rate 120Hz, response time 3ms dengan ratio 16:10. Pengguna juga pastinya tidak bosan menonton paparan yang meliputi 91% bahagian skrin hadapan ini.

ROG Zephyrus G15 pula hadir dengan paparan QHD dengan refresh rate 240Hz dan response rate 3ms. Model ini juga dilengkapkan dengan bezel yang nipis seolah menawarkan paparan memenuhi skrin. Selain itu, pengguna juga berpeluang menaikkan dan menurunkan skrin sehingga 180°.

https://www.instagram.com/reel/CiALmzXOd0V/

Model terbaik pada siri kali ini sudah pastinya ROG Zephyrus Duo 16 yang hadir dengan skrin utama 16-inci dan skrin kedua bersaiz 14-inci. Hadir dengan teknologi paparan 4K Nebula Dual Spec Display, model ini mampu menawarkan refresh rate sehingga 240Hz.

Selain itu, ketiga-tiga model ini turut dilengkapkan bersama model kad grafik yang hebat. Dalam erti kata lain, bermain game pada model terbaru ROG Zephyrus ini bukan lagi halangan.

Tidak hairanlah ROG Zephyrus Duo 16 berjaya dinobat sebagai komputer riba gaming pertama dunia yang menyertakan skrin 16-inci, dua skrin beserta sistem penyejukan liquid metal.

Dilengkapi pengecasan Type-C 100W

Bersesuaian dengan masa kini di mana kepantasan dan produktiviti menjadi ukuran, ROG turut menyertakan sokongan pengecasan pantas 100W buat ketiga model-model mereka menerusi sambungan kabel USB Type-C, malah pengecas adapter Type-C semestinya lebih ringan dan kompak untuk dibawa keluar.

Penawaran pengecasan pantas 100W membolehkan ROG Zephyrus G14 dapat dicas daripada 0-50% dalam tempoh 30 minit sahaja.

Dikuasakan oleh AMD Ryzen™ 6000 series

Dalam mendapatkan sesebuah komputer riba, sudah pastinya processor antara ciri penting yang perlu diambil kira. Menariknya, menerusi model terbaru ROG Zephyrus ini, ketiga-ketiga model ini berjaya dikuasakan oleh processor AMD Ryzen™ 6000 series.

Untuk pengetahuan, ROG Zephyrus G14 dan Zephyrus G15 masing-masing dikuasakan oleh processor AMD Ryzen 7 manakala ROG Zephyrus Duo 16 pula hadir dengan processor AMD Ryzen 9 yang bakal memastikan segala tugas melibatkan multitasking dalam dijalankan dengan lancar.

Harga

Mengulas mengenai harga,ROG Zephyrus G14 sedia ditaarkan pada harga bermula daripada RM8,499 diikuti ROG Zephyrus G15 pada harga RM7,999.

Model ROG Zephyrus Duo 16 pula hadir dengan tanda harga yang premium iaitu bermula daripada RM15,999. Meskipun harga yang ditawarkan agak premium, penawaran spesifikasi serta rekaan yang ditawarkan model ini seolah menceritakan segalanya.

Para pengguna bukan sahaja mendapat sebuah komputer riba berspesifikasi tinggi, malah rekaan yang ditawarkan jelas memain peranan penting dalam meningkatkan penggayaan pengguna.

Menerusi model ROG Zephyrus Duo 16, para pengguna pastinya tampil unik dengan adanya dua skrin yang bakal membantu anda tampil berbeza berbanding orang ramai sekaligus meningkatan produktiviti pengguna.

Khas buat anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai ROG Zephrus G14, ROG Zephyrus G15 dan ROG Zephyrus Duo 16, anda boleh mendapatkannya secara rasmi menerusi laman rasmi ASUS atau kedai rasmi ASUS di Lazada dan Shopee.